Malam Pendekar Lincah anjuran Pertubuhan Seni Silat Lincah Pulau Pinang. Ini adalah penyertaan ahli PSSLM TUI yang pertama diperingkat Kebangsaan. Seramai 10 orang ahli yang terlibat di majlis tersebut. Penyertaan kami ini sedikit sebanyak dapat membantu kami mengenal jurulatih-jurulatih luar serta melihat dan mempelajari perjalanan sesebuah majlis. Kami yang terlibat ini terdiri daripada ahli yang dewasa iaitu Mus, Hapis Mazlan, Nazem, Emi, Aman, Wan, Aman, Sohaidi, Bentan, Zul dan Cikgu Helmy. Kami adalah wakil gelanggang Taman Universiti Indah yang dipanggil untuk turut serta dalam majlis ini dan mewakili Negeri Selangor. Turut sama dalam mewakili Negeri Selangor adalah dari gelanggang Desa Tun Razak, Gombak, Damansara Damai. Seramai lebih kurang 44 orang ahli dan jurulatih terlibat dalam mewakili Negeri Selangor ini. Maklumat Gelanggang Latihan: Selasa dan Jumaat Masa : 9.15 malam Tempat : Gelanggang PSSLM T.U.I Perkarangan Surau Al-Husna Tmn Universiti Indah Seri Kembangan, Selangor D.E Jika berminat untuk menyertai, sila hadir terus ke gelanggang kami untuk urusan pendaftaran... Silat Lincah Pencetus Kekuatan Nasional
Tuesday, January 24, 2006
Malam Pendekar Lincah anjuran Pertubuhan Seni Silat Lincah Pulau Pinang. Ini adalah penyertaan ahli PSSLM TUI yang pertama diperingkat Kebangsaan. Seramai 10 orang ahli yang terlibat di majlis tersebut. Penyertaan kami ini sedikit sebanyak dapat membantu kami mengenal jurulatih-jurulatih luar serta melihat dan mempelajari perjalanan sesebuah majlis. Kami yang terlibat ini terdiri daripada ahli yang dewasa iaitu Mus, Hapis Mazlan, Nazem, Emi, Aman, Wan, Aman, Sohaidi, Bentan, Zul dan Cikgu Helmy. Kami adalah wakil gelanggang Taman Universiti Indah yang dipanggil untuk turut serta dalam majlis ini dan mewakili Negeri Selangor. Turut sama dalam mewakili Negeri Selangor adalah dari gelanggang Desa Tun Razak, Gombak, Damansara Damai. Seramai lebih kurang 44 orang ahli dan jurulatih terlibat dalam mewakili Negeri Selangor ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment